Wednesday, October 10, 2012

BURGER BAKAR?! Tau Ka Nak Buat?

Assalamualaikum w.b.t

setelah lama tak jenguk blog sendiri, tetiba hari ni gatai tangan pulak nak log in. ni semua gara-gara my BFF Bulan Bintang la. hari-hari tengok dia duk godek dia punya blog. Sankyu MoonO(≧∇≦)O

Let's get straight to the point, yang sebenarnya entri kali ni aku tak nak cerita pasal jentera yang aku suka drive hari-hari tu.. mat saleh kata "Daily Driven"  gamaknya hehehehe. TAPI!!! aku nak kongsikan sedikit resepi yang gerenti korang semua boleh buat. pelik kan? reti ka aku masak? sebenarnya tak jugak, merapu ja lebih. resepi yag nak kongsi hari ni ialah satu resepi yang tengah menjadi kegilaan orang yang duk kat Kolumpo sana nuuuu haaa.... BURGER BAKAR tapi.... versi aku la. Tapi (berapa banyak tapi daa..) harus diingatkan, resepi ni adalah dibuat seringkas yang mungkin, almaklumlah.. takda peneman_| ̄|○
Resepi ni sesuai untuk geng-geng bujang nak buat bbq parti. Jom start d=(´▽`)

Bahan-bahan:

Untuk buat patty:
1. Daging Kisar 400g
2. Lada Hitam
3. 1/2 camca teh Lada Sulah
4. 1/2 camca teh Oregano
5. 1/3 camca teh Aji No Moto (optional)
6. 1/2 camca teh seasoning sauce
7. Garam secukup rasa

Lain-lain bahan:
1. Roti Burger (beli ja...)
2. Kepingan Keju
3. Salad
4. Kobis bulat
5. Lobak merah a.k.a carrot
6. Bawang holland. kalau takda, bawang besar import dari India pun ok gak
7. Timun
8. Sos cili (nak pedas-pedas gunala yg cap "Arnab")
9. Sos tomato
10. Mayonnaise
11. Kacang Panggang
(untuk lain-lain bahan tu boleh guna ja benda lain. ikut kreativiti andalah)

Cara-cara nak buat:
 1. Masukkan kesemua bahan-bahan untuk buat patty tu ke dalam bekas atau besen atau apa-apalah yang boleh kita guna nak gaul sehingga sebati.

 2. Setelah semua sebati dan berpuas hati, bentukkan daging kisaq tu jadi ala-ala patty gitu..

 3. Sementara nak tunggu arang terbakaq elok, boleh la sediakan sayur-sayur tu.. cincang pi lah macam mana pun.
 4. Errrr.. tak sempat la pulak nak bakar arang. set BBQ pun bleh guna hahaha. Tapi, kalau bakaq pakai arang rasa smokey dia tu lagi best+sedap. bakaq la sampai masak, sapa yang suka medium rare tu buat la medium rare, sapa suka well done. it's up to you. Tapi aku suka medium rare  v(^o^ )
Pastikan tuan-tuan puan-puan tak tekan patty tu masa tengah masak ok.. kang jus dia keluar dah kering plak daging burger tu.. kurang la kesedapan dia. Lagi satu, pastikan suhu daging yang nak dibakar tu berada dalam suhu bilik ok.

5. Selepas patty tu dah masak ikut desire temperature, boleh la susun kat atas roti burger tu. lupa pulak, roti tu kalau nak best toast la dulu ok?

6. Selepas selesai susun tu boleh la makan. mulakan dengan "Bismillah" ok. Insya'allah sedap... sehingga nak meratah daging tu saja:)

OK? senangkan? semua orang boleh buat. gerenti punyalah. diingatkan lagi, ini adah burger bakar versi aku. kalu ada rasa-rasa kekurangan tu bleh la komen-komen. kalau resepi korang lagi bagus, bleh la share-share kan? sharing is caring mat saleh kata ∩(´∀`∩)
Insya'allah, di lain kelapangan kalu ada masa dan resepi lain aku akan update lagi. Dengan ini, selamat mencuba.

Wednesday, April 25, 2012

myvi to passo project!!! Part 2

Agak lama juga aku nak post untuk part 2 ni. Sebenarnya aku nak tunjukkan mcm mana proses jentera aku di cat, tapi agak malang aku telah kehilangan semua gambar jentera aku ni masa duk dalam kedai cat tu... so, aku post gambar yang telah siap di cat je lah..

Setelah beberapa hari duk memikiaq nak buh kaler apa, dengan bantuan dan pendapat kawan-kawan akhirnya kuning Swift menjadi pilihan..


Sunday, July 24, 2011

myvi to passo project!!!

Assalamualaikum w.b.t.

kali ni aku nak tunjukkan sikit mengenai modifikasi jentera aku. asalanya hanyalah sebuah jentera keluaran Perodua yang di beri nama myvi....

ok.. proses pertama utk menukar bodypart mestilah kita memerlukan wang.. aku gunakan wang sebanyak ini intuk dapatkan complete set depan belakang bodypart Toyota Passo 06 Modellista


berapa banyak? biarlah rahsia ok :P

langkah seterusnya buka bodypart lama...


Next... pasangkan bodypart passo



dan hasilnya...


seterusnya jentera ni di hantar ke pusat cat kereta...kita sambung part 2